Kamis, 21 Februari 2013




Tak mampu untuk berkata apa-apa,
Hanya diam untuk seketika.
Kini, apa yang perlu aku tumpukan hanyalah apa yang ada dalam fikiran.
Bersabarlah wahai cinta.
Bersabarlah sehingga ke akhirnya.
Aku disini sentiasa ada disisimu hingga tamatnya waktu.
Bersabarlah.
Hanya doa yang ku titipkan buatmu.
Hanya itu sayangku.
Segalanya terserah kepadamu.
Kuatkanlah hatimu dari digoda oleh "si dia" yang cuba menawan hatimu.
Biarlah aku seorang sahaja yang berada dihatimu.
Hanya aku.
Harapanku, dirimu akan menjadi milikku nanti.
Ya Allah, hanya padaMU aku berharap,
Hanya padaMU aku memohon.
Berikanlah kebahagiaan buatku, berikanlah kejayaan dalam hidupku.
Berikan jua kebahagiaan dan kejayaan dalam diri dia yang ku sayangi, Ya Allah.
Kuatkanlah hati-hati kami dari godaan manusia di muka bumi ini, Ya Allah.
Kekalkanlah perhubungan kami ini hingga ke akhirnya...
smoga kan indah disaat tiba waktunya...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar